Akaun korban2u.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Korban & Akikah Amal 2020

"KEMPEN KEJAR AMALAN 100,000 KALI GANDA"    

Projek kempen   "Jom Kejar Amalan 100,000 Kali Ganda"   adalah merupakan agenda mencari dan membantu sebanyak mungkin kesempatan untuk beribadah dalam hujung usia dunia ini. Inilah kelebihan yang Allah SWT telah anugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak dikecapi oleh umat terdahulu. 

Selain dari waqaf, iftor di Makkah dan beberapa program lain, Program Korban dan Akikah 2020 adalah salah satu dari program kempen yang dilancarkan oleh Mantop.   Korban dan akikah juga tidak terhad di Makkah, tetapi di beberapa lokasi seperti di Kemboja dan Malaysia dalam menyantuni masyarakat kurang berkemampuan serta harga kos yang mampu milik. 


JOM DENGAR PESANAN USTAZ DR. ZAMRI MANTOP


KENAPA PERLU KORBAN DI MAKKAH

1- Kejar Amalan 100,000 Kali Ganda 

  Mafhum Hadis Nabi Muhammad SAW yang mengatakan bahawa, "Solat di masjidku adalah nilainya sebanyak 1000 kali ganda dari masjid lainnya kecuali Masjidil Haram. Solat di Masjidil Haram adalah nilainya 100,000 kali ganda.     Dalam membicarakan hal ini terdapat pandangan ulama' berkaitan dengan amalan di Masjidil Haram atau di Makkah itu sendiri. 


Ringkasnya sebilangan ulama' seperti Syeikh Al-Imam Ibnu Hajar Al-Haithami (Ketika itu sebagai Mufti Makkah) dan Mantan Mufti Saudi iaitu Ibn Baz telah mengatakan "Bukan sekadar ibadah solat sahaja dikira dengan nilai 100,000 kali ganda apabila dilaksanakan di Makkah (Bukan sekadar di Masjidil Haram), bahkan ibadah-ibadah lainnya juga ada dinilai sama dan mulia dilaksanakan di sana"






2- Menyantuni Fakir Miskin / Perlarian di Makkah   

Secara faktanya setiap negara dalam dunia mempunyai kelompok miskin yang tertentu. Sama ada b ilangannya yang sedikit atau banyak sahaja. Di Makkah juga tidak terlepas dengan isu kemiskinan dan keselamatan insan. Terdapat begitu ramai kelompok yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan dari pengunjung Haji dan Umrah seluruh dunia mengenai mereka. Mereka datang dari pelbagai etnik yang mendapat perlindungan dan berkerja di Makkah seperti etnik Rohingya, Afghanistan, Yamen, Syria, Negara-negara Afrika dan lain-lain lagi.

Selain itu, menjadi satu takdir Allah bahawa Makkah ini sehingga hari Kiamat akan sentiasa ada golongan fakir miskin kerana dibuktikan dengan pembayaran setiap dam (denda bagi mereka yang melakukan kesilapan dalam ibadah Haji/umrah) diwajibkan untuk membayarnya di Makkah sahaja dan tidak ditempat lainnya.

3- Harga Mampu Milik     

Tawaran yang diusahakan adalah merupakan harga yang sangat berpatutan. Ia bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Islam melakukan Ibadah Korban atau Akikah seperti yang dianjurkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah meninggalkan ibadah ini sepanjang hidupnya setelah mana ia disyariatkan..  


4- Tersusun dan Sistematik    

Lokasi, pasukan dan pengurusan telah disusun dengan baik agar kepercayaan dan amanah yang telah diberikan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hubungan dan pengalaman yang baik adalah kunci utama kepada pihak kami dalam proses kempen ini dijalankan. Pihak kami akan memberikan gambar atau video setiap binatang korban yang dilaksanakan di lokasi-lokasi yang telah dipilih.



BAGAIMANA IA DILAKSANAKAN

  • Penyembelihan  

Setiap penyembelihan akan dilaksanakan di Rumah Penyembelihan Makkah, dalam keadaan yang tersusun dan diuruskan oleh pasukan yang sangat terlatih. Mereka juga merupakan pasukan penyembelih yang mempunyai pengalaman menguruskan urusan korban dan akikah serta dam ketika musim haji setiap tahun. Adapun program di luar Makkah, ia akan dilakukan oleh wakil Mantop yang kebiasaannya akan berada sekali dalam proses penyembelihan diadakan seperti di Kemboja dan juga Malaysia.   Ia akan dilaksanakan pada musim haji tahun ini (1441 H bersamaan 2020) di seluruh lokasi yang telah ditetapkan. 


  • Pengagihan Daging        

Pengagihan  daging akan diuruskan juga oleh wakil Mantop yang dipercayai dan mempunyai pengalaman kerja lebih 10 tahun dalam urusan ibadah umrah dan kebajikan di Makkah, Kemboja dan Malaysia.




SIAPA LAGI BERSAMA KAMI

Dalam menjayakan usaha ini, pihak Mantop telah berkerjasama dengan pelbagai pihak seperti rumah sembelih, syarikat pengurusan, kumpulan-kumpulan etnik dan pertubuhan bukan kerajaan bagi melicinkan perjalanan ibadah korban dan akikah ini. Antara yang terlibat secara lansung adalah dari One Nation, Kelab Belia Amal Selayang, Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Malaysia Mesir Cawangan Selangor (ILMAM Selangor) dan lain-lain lagi.   Mereka ini adalah mewakili pelaksana kuat kepada ibadah korban yang di beberapa negara yang terlibat.








BAGAIMANA INGIN MENDAFTAR

JANGAN TERLEPAS LAGI TAHUN INI UNTUK KITA BERKORBAN..!  

Bagi yang berminat untuk menyertai program korban atau akikah di Makkah atau di lokasi lainnya, boleh melakukan pendaftaran melalui page ini atau menghubungi kami di talian yang disediakan atau klik sahaja button link whatsapp yang telah disediakan.


Insyaallah pihak kami akan membantu untuk memberikan perincian ibadah ini dilaksanakan samada dari bentuk pengurusan dan persoalan hukum hakamnya..


Untuk pendaftaran, boleh memilih beberapa pilihan binatang korban yang telah disediakan:


  • Korban/Akikah Kambing (Makkah)   1 Ekor :      RM585   RM485 
  • Korban/Akikah Lembu (Kemboja) - 1 Bahagian       : RM315 
  • Korban/Akikah Lembu (Malaysia) - 1 Bahagian       : RM650 
  • Korban/Akikah Lembu (Makkah) - 1 Bahagian         : RM685 
  • Korban/Akikah Unta (Makkah)    - 1 Bahagian         : RM785 
  • Sedekah Kenduri / Makan            - 1 Bahagian        : RM150
  • Waqaf Mushaf Masjidil Haram      - 1 Buah               : RM50


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami di talian:

0177790700 / 0137045033 / 0360910496

Maklumat lanjut, Klik di sini..